Nuffnang

Amazon

Monday, November 8, 2010

300,000 1Malaysia Netbooks to be given next month


Due to the popularity of the 1Malaysia netbook,
our government is planing to give away more netbooks to us Malaysians starting next month. Hopefully, it would make the overall population more tech-savvy and gain information quickly.

300,000 Lagi Netbook 1Malaysia Diagih Bulan Depan


CYBERJAYA, 8 Nov (Bernama) -- Sebanyak 300,000 unit Netbook 1Malaysia akan diedar kepada golongan yang layak bulan depan dalam fasa kedua program pemberian komputer riba itu secara percuma oleh kerajaan.

Agihan netbook itu akan dibuat bagi tempoh tiga bulan, kata Pemangku Pengarah Kanan Bahagian Peruntukan Perkhidmatan Sejagat (USP), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yassin kepada pemberita selepas majlis taklimat media mengenai pengurusan USP di sini Isnin. Yang turut hadir Pengerusi SKMM Tan Sri Khalid Ramli.

Dalam fasa pertama, sebanyak 123,000 unit netbook telah diagih-agihkan kepada kumpulan sasar terdiri daripada isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 bagi kawasan luar bandar dan bawah RM5,000 bagi kawasan bandar.

Sebanyak 65 peratus komputer itu diagihkan kepada pelajar manakala 35 peratus lagi dibahagikan kepada golongan berpendapatan rendah yang tinggal di kawasan kurang liputan serta kawasan yang mempunyai perkhidmatan itu dengan sasaran pengagihan meliputi kampung tradisi, kampung baru dan pusat penempatan masyarakat setempat di seluruh negara.

Zulkarnain berkata pemberian Netbook 1Malaysia dengan kos RM1 bilion itu merupakan antara projek di bawah USP membabitkan kos keseluruhan RM4.79 bilion.

Katanya antara projek lain ialah penyediaan telefon asas (RM629 juta), menara telekomunikasi bagi peluasan liputan selular (RM1.87 bilion) dan pusat jalur lebar komuniti (RM573.7 juta).

Zulkarnain berkata program pemberian netbook itu dijangka dapat menyumbang sebanyak 9 hingga 10 peratus kepada kadar penembusan jalur lebar negara.

Beliau juga berkata SKMM akan membelanjakan RM3.3 bilion bagi projek-projek di bawah USP fasa kedua bagi tempoh 2009-2011.

Selain projek pemberian netbook, ia turut membabitkan Kampung WiFi dengan kos (RM520 juta), Pusat Jalur Lebar Komuniti Mini (RM10 juta) dan Pusat Jalur Lebar Komuniti ke Rumah (RM150 juta), katanya.



-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=541544

4 comments :

Ken Wooi said...

apa beza netbook biasa dengan netbook 1malaysia? lol

lionel0008 said...

@ken
1Malaysia logo kot?
Semua netbook configuration hampir sama cuma ini diberi sama package streamyx yang RM38 per bulan.

NIER212 said...

siape yang layak dapat?syarat2?

lionel0008 said...

@Nier212
"To be eligible to subscribe for the Broadband with Netbook Package, the potential subscriber must meet the following criteria:

The individual must be from households with a monthly income of RM3,000 and below for rural residents throughout the country.

The individual must be from households with a month income of RM5,000 and below for those staying at urban areas
"

Pendapatan keluarga per bulan mesti RM3,000 untuk yang tinggal di kampung dan RM5,0000 untuk yang di bandar.

Saya tidak pasti kalau pakej ini masih ada lagi atau tidak. Kena tanya TM.

Nuffnang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails